Saturday, February 27, 2010

BERITA GEMBIRAKAH IA???

Badanku rasa tak enak sejak seminggu ini. Suhu badan tinggi tak turun2, nak kate demam, tidak... mulut ulcer 2,3 tempat. Bibir jadi kering.. Kepala plak, usah cakap lah...sakit memanjang. Petang jumaat 19feb, suami aku bawa ke klinik, nyata urine test positif. Aku pregnant sudah masuk 6 minggu. Alhamdulillah, syukur ku tidak terhingga.. rase nk melompat guling2 depan doktor tu terus. Lalu berita ini ku sebarkan pada insan2 terdekat dan juga sahabat2 seperjuangan. Bertalu2 aku terima SMS ucapan tahniah dan pesanan berjela-jela dari sahabat2. Moga Allah merahmati kalian semua..

Ya..ini kali ke 4 aku pregnant.[GRAVIDA 4 PARA 0] istilah prubatan, hamil 4x, anak o. Punye aku gembira sampai tak hengat.... tiba2 malamnya after buat preparation for Audiotion SoUTUCS Nisa' Selayang pny program kat dewan Selayang Utama, hatiku mula gelisah.. pergerakkan ku mulai terbatas, banyak mende aku tak boleh buat sendiri. Aku terpaksa mintak tolong orang lain untuk angkat barang, walopun aku rasa ia takde la berat mana.. orang di sekeliling amat menjaga aku.. Terima kasih, suamiku dan sahabat2. Namun, jauh di sudut hati, aku rasa rimas...

Bila ingat program Soutucs di peringkat Nisa' Selangor, aku mula runsing.. As pengarah program ni, aku tak mampu lakukan dalam keadaan ini. Doktor siap pesan awal2, aku tak leh drive, apatah lagi kalo jauh, sedangkan miting perlu aku hadiri..aku xleh stress, sedangkan aku perlu fikirkan banyak mende... Ya Allah, aku mohon padaMu..beri aku kekuatan untuk terus berada dalam perjuangan walau apa pun berlaku.. Lindungi zuriatku ini, untuk ia menyambung perjuangan ini kelak...
Kehadiran zuriat ini, amat ku nantikan, telah lama kunantikan..ku mohon untuk kali ini zuriat ini diberi kekuatan untuk hadir melihat dunia dengan selamat dan sempurna...

SETIAP LANGKAH KAKI INI...

Seusai solat subuh pagi ini, aku lunjurkan kaki..lutut terasa sengal bila dibengkokkan tika sujud. Tempoh hari, aku dah minta ibu urutkan, tapi ia kembali sakit. Suami aku belum pulang dari surau, lewat sket nampaknya hari ni, ada sembang dengan sesape kot..

Bila tengok kaki ni, aku berfikir...walau seribu tahun aku beribadat pada Allah, masih tak mampu nak banding dengan rahmat Allah, walau dengan kakiku sebelah..tak boleh nak bayar balik kat Allah.. Tapi ada lagi makhluk Allah yang tegar memperkecil-kecil hukumNya.

"Ya Allah, dengan penuh pengharapan, ku mohon agar kaki yang kau kurniakan untukku ini hanya melangkah untuk mencari redha ini. Halang lah Ya Allah, kaki ini melangkah dengan sombong di muka bumi milikMu ini. Jadikan kaki ini sebagai saksi untukku di akhirat kelak....."

Lama ku termenung, rupanya dah lama tak urut kaki suamiku...setiap kali kuurut kakinya, dalam hati berdoa moga kaki ini bisa melangkah ke syurga. Kaki ini banyak melangkah untuk melaksanakan dakwah di jalanMu, Ya Allah... kaki ini juga banyak memimpin aku untuk terus berada di jalan yang tidak ramai orang suka ini Ya Rahman, Ya Rahim.... Ku mohon Ya Allah, halanglah kaki suamiku daripada keletihan menunggu hisabnya di padang Mahsyar kelak. Cita-citanya yang tak pernah lekang dari mulutnya.."masuk syurga tanpa hisab" iaitu syahid..

Hadiah tahun baru cina dari suami aku.katenya sbb aku suka berjalan dan berlari..

Friday, February 26, 2010

SESEKALI SANTAI BERSAMA KREW NISA' SELAYANG

Cuti raya cina lepas, krew nisa' selayang ke Pangkor. Kami x pakai apa2 peruntukan ke sana, sume poket sendiri. So, xyah la bising-bising, kate kami suke jejalan. Pakai duit korang ke?? Actually, dis is de 1st trip juz for ourself. Kadang2 kami pun nak masa jugak untuk appreciate diri sendiri sesambil tu masih teruskan kerja2 kami tanpa nak nyusahkan orang lain..

Nurul, Kak Ma, Beby Husna n I

Thanx to kak Dee coz arrange almost all de stuff there. Dari tempat tidur sampailah tempat menyelam, kak Dee n Mr. Burn yang arrange. Tq 2 both of u. Bila ingat kat Nisa' Selayang, buat aku berat untuk fikir soal pindah, sayang nk tinggalkan sahabat2 Nisa' Selayang. I had some discussion wit my hasben, utk pindah ke Shah Alam. Tapi, buat2 tak tau je..hehe..

Romantic couple: Kak Dee n Mr. Burn

So, berbalik pd kami pny trip ni, start ari Sabtu 13feb, bertolak dari Rawang ke Lumut konvoi with Kak Nora n Kak Ma's Family. Tapi, terkilan gak coz our Boss (kak Faizah) tak dapat join. Ade program berlangsung di rumahnya. Namanya perjuangan...mane nk pikir pasal remeh temeh ni. Tau awlawiyatnya (keutamaan). Don wory kak Fai, next time kite pi Karambunai plak,hehe..

Aku tak tau plak kos bercuti ke Pangkor takde la mahal sangat..if pegi reramai cam kami ni, boleh save bujet. tringin nk ajak Syam, Huda, Syabi, Rad n lain2 bercuti same2. Benornye dah lame rancang ngan dorang nk pi Perhentian or Redang, tapi Allah masih tak izinkan. We hev more important job to do.. But I wish to get there wit all of u..

Nurul & I...ukhwah fillah

Nurul jadi my best partner there, coz my hasben x join. Sibuk uruskan tahfiz n menyiapkan tulisan Jihadnya (moga Allah bersamamu). Jadi, kami ke mane2 berdua aje la, nk follow yang lain, kaco daun plak pasangan2 bahagia sume tu, hihi. Tapi, byk event kami same2 gi. mandi manda, snorkeling, makan2, tapi ape yang aku frust nonggeng ngan nurul ialah nk berkayak n naek banana boat..huhu.. Both of us terpakse berangkat pulang ke darat lebih awal ari senin tu. Plan nk berkayak lepas gi snorkeling smalamnye, lepas asar janji.. Tapi apenye...sume duk snorkeling atas katil sampai maghrib.. Jadi, esoknye x nyempat la aku n nurul nk berkayak. Tapi ade hikmahnye..hehe..kami tak tersangkut dengan kesesakan orang ramai di Jeti. Kesian akk2 yang laen kami tinggalkan..hehe.

Moga ukhwah kita terjalin dengan lebih erat dan ukhwah ini menjadi saksi di akhirat kelak. Ok, chaiyok2!! Next job Nisa: So U Think U Can Sing?? (Soutucs) menanti kite di sane..di sane...

Saturday, February 6, 2010

MERENUNG KE DALAM DIRI APABILA MELIHAT PENDERITAAN ORANG LAIN

Hari ni kepalaku sedikit ok dan stabil berbanding semalam. Menjaga orang sakit dalam wad sedikit sebanyak buat aku terfikir... Fikir tentang kesakitan, fikir erti syukur, fikir erti kemanusiaan, lagi fikir tentang mati yang ntah bila menjengah.

Semalaman aku menjaga kakak iparku yang baru di'operate' buang sebelah ovarinya sbb kandungan luar rahim. Langsung x dapat tidur sebab aku risau tgk keadaannya yang kadang-kadang x dapat bernafas. Dalam diam ku berbisik dalam hati, aku patut bersyukur walaupun masih tidak dikurniakan anak. Orang lain penuh derita ditimpa bermacam-macam ujian. Kak Longku pula baru je abortion untuk ke berapa puluh kali aku pon dah lupe. Then, aku rasa tenang dengan apa jua ketentuan Allah. Pasti ia adalah terbaik buatku..
Suami aku plak setia bersama, walaupun dalam keadaan yang sibuk amat, dia amik jugak cuti untuk temankan aku. Malam tu aku mintak suami aku bawak mak aku n abang aku ke hotel Seri Malaysia, mintak rehat dengan selesa setelah beberapa ari tidur ntah ke mana,mandi ke x aku pon x tahu. Biar aku je sorang yang jage kak Na. Terpanar keletihan yang amat di wajah abang aku, rasa kesian menyelimuti hatiku. Mungkin hari ini hari dia, aku membantu. Ntah esok2 hari aku pulak.. Suami aku sentiasa tenangkan aku dengan ayat2 yang menusuk qalbuku. Ikutkan badan, mmg aku x larat, demam blom abes lagi, suamiku pun demam.. tp katenya jika kita lapangkan kesusahan orang lain, Allah akan lapangkan kesusahan kita pula. Setiap kata-katanya sentiasa buatku tenang... Ya Allah, Kau makbulkan doa suamiku untuk dia mati dalam keadaan Syahid di jalanMu. Permudahkan lah setiap urusannya untuk membantu agamaMu.. Temukan aku kembali dengannya di akhirat kelak..

Ni sekeping pic aku snap mase tgh2 boring menunggu, snap kat atas je la blh, kalo bwh nampak plak ape yang x patut nampak. Maklum je la dalam ward.

NISA' : So U Think U Can Sing?


Mari datang beramai-ramai ke UJIBAKAT NISA' SO YOU THINK YOU CAN SING.
Berikut adalah maklumat tentang ujibakat:-
Kawasan Selayang
Tempat : Dewan JKKK Selayang Utama
Tarikh : 20 Februari 2010
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
Kawasan Rawang(termasuk Kuang dan Kundang)
Tempat : Dewan JKKK Rawang
Tarikh : 21 Februari 2010
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
Apa lagi? Gitaw kawan2 mintak kawan2 gitaw kawan2 die, mintak kawan2 die gitaw kawan2 yang lain..