Thursday, April 16, 2009

AKU DAH TAK LARAT NAK DEMAM...

Hari ni mama mc lagi. Minggu lepas pun dah mc 2 hari.Semalam lepas latih budak PASTI main netball, tiba-tiba je body temperature naik sampai 38.4 degree celcius. Kepala bukan main sakit, dalam kul 11 mama telan ubat, terus tidur sejam. Alhamdulillah, Allah telah kurangkan panas dan sakit kepala. Kalau boleh, mama taknak mc lagi..banyak keje mama tertangguh di skolah. Mama pi skolah ari ni agak lewat berbanding biasa. Ingatkan boleh tahan, tapi bile masuk je kelas, mate berair, kepala pusing, tak boleh berdiri. Mama bagi tugasan pada pelajar, n mama bersandar pada kerusi. Abis je PnP mama call ayah, minta datang amik mama ke klinik. Rupanya, mama kena tonsilitis lagi. Setiap bulan, penyakit sama yang mama hadapi. Kadang-kadang sebulan lebih dari sekali mama demam sebab tonsilitis. Rekod perubatan mama pun bukan main tebal berbanding patient lain.

Ni ubat2 dari klinik yang kadang-kadang naik meluat nak telan. Tapi paling best, sahabat baik...minyak angin cap kapak..~

Vitamin C sebalang besar doktor bagi, tak larat dah rasanya nak makan ubat.. Hari ni doktor bagi mc. Tak lama lagi mama dapat gelaran "Ratu MC" la ..huhu... Kata doktor, badan mama tak kuat. Mudah dapat infection, tonsilitis just reaction daripada infection tu.. Tak tau la, camne tak nak bagi demam selalu.. Rasanya banyak dah produk kesihatan yang mama telan, still sama..
Yang paling kesian, ayah ler..terpaksa jage mama cam budak kecik.. nak makan pun tekak sakit, tapi lapar..abes2 merengek je la...
Ni plak, sebahagian produk kesihatan yang mama cube..Jus Tok Guru yg paling best ade perisa oren & strawberi, PKB, HPA, Gamat eMas.. Yang lain2 tu malas dah..

Sunday, April 12, 2009

LAMANYA BEREHAT...

Dah lama rasanya tak bukak laman mama ni.. Lama berehat..bukan berehat di katil atau di sofa, tapi berehat dalam mesyuarat dan usrah. Ni mama baru balik dari AGM DMPK Selayang. Terima kasih sangat kat Auntie Rad, Saidah dan Yati yang tolong untuk AGM ni. Hanya Allah yang dapat memberikan ganjaran kepada kalian. Sesambil lepaskan penat, rasanya ada sedikit waktu untuk mama menaip setelah lama berehat. Kebetulan ayah keluar atas temujanjinya dengan patient di Bandar Tasik Puteri. Jadi, sempat la mama mencoret. Semalam mama ke Hospital Muadzam Shah, tengok abg ipar ayah yang terlantar sakit, moga Allah sembuhkan abg hj. Ya dan tabahkan kak We atas ujian berat ni. Sempat mama singgah di rumah Auntie Iza di Kratong 1. Banyak btol mama makan plak tu.. Sebelum bertolak pagi tu, ayah dah siap order kat mak (mak Auntie Iza) nak makan singgang, ikan bakar tawar, budu n petai. Fuhh...bukan main berselera ayah n mama makan. Nasib baik ler dah biasa dengan mak auntie iza, tak la malu nak menambah nasi.. Kenangan meraikan ulang tahun kelahiran Uwie (kenangan kereta di kelilingi Pak Guard KAB_time tengah hangat PRK,hihi)

Sedikit sebanyak, perjalanan dari pagi sampai ke tgh malam ke sana,terimbas banyak kenangan lalu. Melalui jalan-jalan yang pernah dilalui ketika dulu bersama teman-teman adik beradik satu usrah. Bila lalu kot Triang, teringat pernah tgh malam bute ke rumah Mazlina, siap ada adegan rajuk merajuk. Bila lalu jalan Bahau/K. Pilah teringat memalam bute sesat waktu konvoi. (Orang-orang yang terlibat paham ler..hihi). Paling teringat pi umah Auntie Iza, mak jamu kami yang ramai-ramai penuh satu rumah ni, dengan nasi budu. Semacam slideshow je kenangan-kenangan tu terimbas. Sesambil menemani ayah memandu, mulut mama duk kumat-kamit bercerita kisah-kisah lalu. Btol..pengalaman adalah sesuatu paling berharga. Pengalaman bersama teman-teman satu usrah banyak mengajar mama erti kehidupan yang lebih sempurna.

Kasih sayang dalam persahabatan lebih seperti hubungan adik beradik, kerana ia adalah ukhuwah kerana Allah. Mama juga punya sahabat baik di luar usrah, tapi hubungan itu tidak dapat menandingi keakraban dan tautan hati persahabatan dalam jemaah. Jauh bezanya antara langit dengan bumi. Walaupun mama sudah berumah tangga, ia tidak mengubah apa-apa. Syukur yang tak berkesudahan padaMu ya Allah, kerana menganugerahkan aku seorang suami yang sejalan denganku, lantas hubungan kami suami isteri, bertaut erat dengan sahabat, adik beradikku... Walaupun ayah tidak pernah mengenali adik2 mama (cth: Iza, Huda, Syam, Emi, Syabi, Dayah, Awin,) sebelum bersama, tapi ia seolah-olah secara automatik seperti sudah lama kenal, dan kami seperi adik beradik. Rasanya takkan abis jika mama paparkan semua kenangan indah kami bersama. Mama cukup menghargai kehadiran insan-insan ini...
Kebetulan juga Auntie Huda yang baru saje merdeka after last observation dari lecturernya, datang hari jumaat lepas. Dapat la Auntie Huda tolong handle satu group usrah remaja 'Teen Circle'. Thanx sangat mek daa...dalam pening2 tahan selesema, ada jugak orang tolong mama sediakan aktiviti, jig saw puzzle. Minggu ni tajuk usrah teen circle 'Pengertian Iman', tajuk ni paling penting dalam bab Aqidah. Jadi, mama bincang2 ngan auntie Huda, itu yang tercetus buat jig saw puzzle as the activity beside bagi lecture. Ye la..remaja ni taknak boring-boring cam usrah muslimat. Terpaksa perah otak tiap2 minggu pikir ape aktiviti menarik. Next week, mama rancang untuk main futsal, selang-seli buat in door/ out door usrah. Dan mama rasa puas sebab sedikit sebanyak, usrah remaja di BBS Fasa 2A ni kian mendapat sambutan dan sentiasa dinanti-nantikan. Katanya, tak cukup 2minggu sekali, depa nak tiap2 minggu.. Kalau lah mama ade klon...hehehe... (erm..takleh2 satlagi ayah kompius mane mama sebenarnya, kang tertukar ngan klon...huhu...sadis2)
Tadi, mama duk try call Auntie Syam, nak tau pe citer ngan die punye observe hari ni. Tapi, tak angkat2, tidur dalam kemerdekaan la tu kot. Sampai call pon tak dengar.. Tapi mintak2 semuanya smooth... Mama ade kirim kek coklat untuk die, tapi separuh je tinggal sbb termakan oleh Auntie Rad..huhu.. Biasanya mama beli 2 biji, tapi tak sempat order, tinggal satu je. Pastu terlupa plak nak gtau kat Rad, abes2 tengah2 lapor disebatnya kek auntie Syam.. Maka, kek yang separuh tu pon dibawa naik bas ke terengganu bersama Auntie Huda. Cian huda, tengah ujan pi stesen bas Greenwood. Maaf la mama tak sempat nak ngantor, kul9 baru sampai dengkil. Nanti auntie Huda datang la ye ngan auntie Syam, kite pi bercuti kt The Ark Resort ngan Auntie Iza (huhu..berangan awal-awal lagi n ).

Bersama Auntie Syam di Pantai Irama, Bachok.

Minggu ni umah mama berantakan,sejak sembuh dari demam, sibuk manjang. Muge2 lepas Auntie Syam datang lepas praktikal nanti, takde la jadi camni lagi ye, hehe.. Esok pagi2 bute, mama nak kena latih budak PASTI ArRaudhah main netball. Dorang ada tournament antara PASTI-PASTI kat Selayang ni. Dapat la mama kuar peluh pagi-pagi,kan.. Hidup ini terlalu indah jika diisi dengan sesuatu yang berharga. Walaupun kita kurang sesuatu, Allah itu maha pemurah, Dia gantikan dengan sesuatu yang lain. Jadi, bagi sahabat-sahabat di luar sana, jangan sia-siakan hidup ini dengan hanya memikirkan diri- sendiri dan masalah sendiri. Teramat penting jika kita fikirkan masalah ummah kita. Moga dengan itu, kita tidak akan dipersoal di hari perbicaraan kelak......

Wednesday, March 11, 2009

YA ALLAH LINDUNGIKU DARI PUTUS ASA

MUHASABAH CINTA by EdCoustic

Wahai...Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru kusedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku


Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Illahi..
Muhasabah cintaku...

Tuhan.. Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu...


Lagu ini selalu sinonim dengan keadaan mama. Semalam mama keguguran buat kali yang kedua. Hanya Allah yang tahu perasaan ini, sedangkan kehamilan ini terlalu ditunggu-tunggu. Mama tahu kesedihan ini juga amat dirasai oleh ayah. Tapi ini adalah ujian dan mama redha dengan ketentuan ini.

Imbasan ultrasound yang dibuat semalam

Minggu ini mama berehat di rumah. Kekadang perit rasa kesakitan ini, dan darah tidak berkurang keluar. “Ya Allah, ini hanya ujian kecil dariMu. Namun hatiku mula merungut kesakitan, sedang kanak-kanak di Palestin tidak merungut walaupun sebelah kakinya telah tiada. Optimisnya kanak-kanak itu, katanya sebelah kakinya itu kini telah berada di syurga. Dan dia tetap akan berusaha melawan Yahudi Laknatullah bagi memastikan seluruh tubuhnya itu berada di syurga… Allah…ini hanya kata-kata seorang kanak-kanak yang kecil tubuhya. Tapi, aku ini baru sedikit diuji oleh-Mu… Ya Allah, pemilik sekalian alam, beri aku kekuatan dan kesabaran untuk terus berjuang di jalan-Mu. Jangan biarkan aku sedih bila mendapat ujian daripadaMu.. Jangan biarkan ku merintih kerana sedikit kesakitan ini…”

Friday, February 27, 2009

KINI “TEEN CIRCLE BBS 2A” MUNCUL JUA

Pada 20 Feb yang lepas, akhirnya termakbul doa mama untuk tubuhkan kumpulan Usrah Remaja di taman tempat mama tinggal iaitu BBS Fasa 2A. Malam tersebut, mama adakan majlis perlancaran ringkas di Surau Ad-Diniyyah. Seramai 31 orang remaja perempuan yang menyertai ‘Teen Circle’ ini. Melihat kepada sambutan yang agak menggalakan, mama akan pecahkan ‘Teen Circle ‘ BBS 2A ni kepada dua kumpulan. Mama turut dibantu oleh Auntie Rad.

Teen Circle Selayang Baru dan Taman Bidara pula mama & sahabat2 Nisa telah mulakan sejak setahun yang lalu.Syukur alhhamdulillah.. Ayah banyak membantu mama dalam menjayakan penubuhan Teen Circle BBS 2A. Slideshow yang mama sediakan untuk majlis pelancaran ini juga mendapat bantuan dan idea daripada ayah. Hanya Allah yang dapat membalas jasa ayah dalam membantu usaha mama. “Suamiku, hanya ucapan terima kasih dari lubuk hati ini untuk atas segala sokongan dan bantuanmu…”

“Permudahkanlah usahaku ini, Ya Rabbul ‘Alamiin. Aku tak mampu menjadi pejuang yang bertempur di medan perang, apatah lagi menjadi ahli sufi, jauh sekali menjadi ‘alim ulama’. Hanya ini yang aku mampu demi meraih cinta dan redha-Mu, Hanya ini yang mampu ku sediakan untuk bertemu dengan Mu di akhirat kelak. Kecilnya apa yang ku lakukan ini, Ya Allah…berbanding pejuang-pejuang agamaMu yang Agung. Namun, pandang lah ia, Ya Muhaimin… Aku pohon padaMu Ya Rabbul ‘Izzati. Sebelum aku dijemput oleh-Mu, berikan ku kesihatan dan kesempatan untuk terus berkerja untuk agamaMu…”

Program 'Teen Circle' Indoor Games
(Peringkat Nisa' Selayang)
pada 21 Feb 2009

KETENANGAN ITU ATAS KEREDHAAN ALLAH

Dua bulan lebih lamanya mama tiada kesempatan untuk menulis. Mama pernah diingatkan oleh seorang sahabat, menulis ini kena ada disiplin. Tanpa disiplin kita tak mampu bertahan dalam dunia penulisan. Moga Allah kurniakan mama kesempatan dan kesihatan untuk terus menulis, walau sekadar menulis catatan kehidupan mama.

Sejak ayah pulang dari Tanah Suci, hidup mama lengkap sepenuhnya. Kini walau sudah 2 bulan setengah ayah pulang, air matanya tetap mengalir teringatkan keindahan dan ketenangan berada di sana, dan ayah sentiasa meluahkan keinginannya untuk kembali ke sana lagi. Keinginan mama untuk menjejakkan kaki ke bumi suci juga kian menggunung. Melihat wajah tenang ayah, mama kian mengerti apa itu redha Allah. “Ya Allah..murahkanlah rezeki kami untuk mencari keberkatan di bumi suciMu…”

Wajah terbaru ayah selepas pulang.

Wednesday, December 3, 2008

I AM NOT AFRAID TO STAND ALONE

Menjunjung agama dalam segenap hal, tidak kira walau dalam apa jua keadaan sekalipun, adalah satu yang agak sukar kini. Tapi, jika seseorang itu yakin dengan janji Allah dan kebergantungannya pada Allah itu kuat, ia tidak akan jadi masalah. Malu mensyiarkan Islam?? Itu adalah sindrom yang kian menular dalam jiwa umat Islam zaman ini. Malah, Islamophobia kian menjadi fenomena yang membarah. Benarnya sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya Islam dimulai dengan ghuraba (asing) dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka beruntunglah orang-orang yang Al-Ghuraba”

Tuesday, December 2, 2008

BERDUA PASTI LEBIH BAIK

Pagi ini mama keluar ke Pasaraya Giant Batu Caves. Keperluan penting perlu mama beli di sana walaupun berseorangan. Jika sebelum ini, ke mana-mana mama pergi pasti ayah di sisi, dan selepas berjauhan Auntie Iza pula yang sentiasa menemani mama, dan kadang-kadang Auntie Aimi, Auntie Syam atau Auntie Huda.
Hidup berseorangan adalah satu kerugian..

Senarai barang-barang telah mama buat semalam. Barang-barang utama adalah keperluan pejabat tahfiz : cartridge, kertas A4, sampul surat dan beberapa barang lain. Mama menolak troli mencari barang-barang di rak. Sungguh mama rasa tidak selesa berseorangan begini, sungguh tidak selesa. Hidup berseorangan adalah satu kerugian. Masakan tidak, segala kegembiraan dan kesedihan, kekenyangan dan kelaparan, kesenangan dan kepayahan, tidak dapat dikongsi dengan insan tersayang.

Sehingga kini, mama berkongsi suka duka bersama adik-adik mama yang dikasihi.
(Syabi, Iza, Huda dan Syam)

Uwie dan Pika sentiasa berdua, pasti lebih baik kan?

(Tapi, jika lebih daripada dua, terlebih-lebih baik)

Mama terkenangkan ayah lagi…teringatkan waktu-waktu baru berumah tangga, selalu keluar ‘shopping’ barang-barang keperluan bersama. Mama belajar buat senarai barang yang hendak dibeli pun dari ayah. Ayah seorang yang sistematik kerjanya. Apa yang perlu diselesaikan, dia akan senaraikan termasuk barang-barang yang hendak dibeli. Mama pula akan beli apa yang terpandang dek mata, bukan dalam senarai. Itu lah kelemahan mama.. tapi mujur ayah ada, dia akan tanya mama, perlukah barang itu? Jadi, ia akan buat mama berfikir, lalu diletakkan kembali ke rak oleh sebab tiada keperluan penting pun.

Berdua pasti lebih baik bagi mama. Apa yang kita kurang akan diseimbangkan oleh pasangan, apa yang lemah akan ditegur oleh pasangan dan apa yang lebih akan dikongsi bersama pasangan. Rasulullah pernah bersabda :

“Sesiapa yang allah kurniakan kebaikan kepadanya, nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang soleh, jika sekiranya ia terlupa (lalai) ia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya.”


Allah kurniakan seorang lelaki untuk mama berkongsi segalanya bersama.

Bercakap soal teman setia ini juga, Saiyidina Umar Al-Khattab r.a. mengatakan : “ Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka, kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu susah.”

Peringatan daripada Rasulullah dan sahabatnya ini menjadi panduan bagi kita baik dalam mencari pasangan hidup mahupun panduan dalam bersahabat. Sesungguhnya bertemu dan hidup dengan ayah adalah anugerah dan rahmat bagi mama. Ayah adalah teman hidup mama yang bisa membawa mama ke jalan syurga…………..