Wednesday, March 11, 2009

YA ALLAH LINDUNGIKU DARI PUTUS ASA

MUHASABAH CINTA by EdCoustic

Wahai...Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru kusedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku


Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Illahi..
Muhasabah cintaku...

Tuhan.. Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu...


Lagu ini selalu sinonim dengan keadaan mama. Semalam mama keguguran buat kali yang kedua. Hanya Allah yang tahu perasaan ini, sedangkan kehamilan ini terlalu ditunggu-tunggu. Mama tahu kesedihan ini juga amat dirasai oleh ayah. Tapi ini adalah ujian dan mama redha dengan ketentuan ini.

Imbasan ultrasound yang dibuat semalam

Minggu ini mama berehat di rumah. Kekadang perit rasa kesakitan ini, dan darah tidak berkurang keluar. “Ya Allah, ini hanya ujian kecil dariMu. Namun hatiku mula merungut kesakitan, sedang kanak-kanak di Palestin tidak merungut walaupun sebelah kakinya telah tiada. Optimisnya kanak-kanak itu, katanya sebelah kakinya itu kini telah berada di syurga. Dan dia tetap akan berusaha melawan Yahudi Laknatullah bagi memastikan seluruh tubuhnya itu berada di syurga… Allah…ini hanya kata-kata seorang kanak-kanak yang kecil tubuhya. Tapi, aku ini baru sedikit diuji oleh-Mu… Ya Allah, pemilik sekalian alam, beri aku kekuatan dan kesabaran untuk terus berjuang di jalan-Mu. Jangan biarkan aku sedih bila mendapat ujian daripadaMu.. Jangan biarkan ku merintih kerana sedikit kesakitan ini…”