Friday, December 18, 2009

JOM SERTAI KAMI !


TERHANGAT DI PASARAN!!

Nisa' Selangor akan menganjurkan JAMBORI NISA' SELANGOR 2009 (JNS'09) seperti mana berikut:

Tarikh: 25 -27 Disember 2009

Tempat : Pusat Latihan Belia Bukit Lagong, Selayang.

Terdapat pelbagai aktiviti menari, kreatif dan ceria yang bakal mengikat hati adik-adik dan semua crew. Penyertaan terbuka kepada semua remaja perempuan berumur 13 - 15 tahun (Team A) dan 16 - 18 tahun (Team B).

Stay With Us
I'm A Super Muslim !!!!!






Friday, November 20, 2009

Kenapa susah sangat??

Lame btol x masukkan pape. Ari ni last day skolah for dis year. Serasa cam ilang kejap bebanan, 2,3 minggu berhempas pulas menyiapkan segala mende sebelum bercuti dengan hati yang tenang. Tibe2 terpandang baju2 yang belum berjahit. Baju tu mama beli kat Segamat, time saje2 round2 Segamat, alang2 dah dekat ngan Kratong mase Auntie Iza walimah. Tapi tergelak sorang2, kenapa susah sangat mama nak pilih baju bercorak bunga??


Ayah pon dah sedia maklum prangai mama. Bile nk tengok baju je, misti mate akan tertumpu pada baju plain x bercorak, bile survey baju bercorak bunge je, naik pening, tawaf 7 kali kedai kain tu, pastu last2 beli baju plain, warna x kesah la..jangan merah..geli nk pakai ingat kt wanita umno.


Tapi, time kt Jakel Segamat tu, mama sedaya upaya memilih baju bercorak x kesah la corak bunge ke abstrak ke, jangan corak siput sudah la.. tawaf pusing2 kat ground floor hampir 6 stengah round pastu pi floor atas plak..pusing2 sampai rase nk muntah tgk kain2 tu. Mama duk pikir, nape susah sangat aku nk pilih? Bile pilih rase cam x sesuai n x cantek. Sebelum ni baju bercorak yang mama pakai semua orang yang bagi dan pernah mak Auntie Iza yang tolong pilih 4 pasang baju corak, elok plak mama tgk.. tapi bile mama yg pilih rase x ok. Ntah kenape??


Akhirnya,on dat day mama berjaya memilih sendiri baju bercorak bunge, ade kain viscous, ade kain english cotton, haha..sbb lame sangat study dalam Jakel, baru aku kenal name2 kain ni. Sebelum ni kenal kain batek, kain pelekat je.. Bru nampak muke ayah lega dapat keluar dari Jakel tu...naseb la dapat wife yang x reti ni..
Bagi mama plain tu tenang, x yah nak pening2 kepala nk pikir bunge ape corak kain tu. Tapi Malaysia ni unik dengan flora fauna...diilhamkan kepada corak kain, sekarang muncul trend corak abstrak, conteng2 je kain tu..mungkin pereka kain takde idea dah nk buat bunge ape.. buat corak rimau bintang pon ade.

Wednesday, September 30, 2009

PERKAHWINAN UNTUK DUNIA & AKHIRAT

Mama merakamkan jutaan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Auntie Huda n Uncle Ikram yang selamat berwalimatul urus pada raye ke 5 dan ke 6 bebaru ni. Selamat menempuh alam baru yang penuh dengan kebahagiaan dan selamat melayari rumah tangga dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Dengan perkahwinan ini, semoga bertambah semangat untuk meneruskan perjuangan walau di mana berada. Perkahwinan bukan perhentian perjalanan perjuangan..... Jangan lupa, janji setia yang dilafazkan dulu untuk menyerahkan jiwa dan raga untuk Islam tercinta.....
Alas par ni, kalo x kerana mu, Huda..tak terbuatnya akk..huhu

Muka pengantin selepas bangun tido pukul 11 pagi..


Perkahwinan adalah kebun cinta.. Selamat bercucuk tanam~



Bersama pengantin baru, Syam (pengantin menunggu) & Syabi (pengantin x jadi)
Hehehe..jange maroh deh.. akk pengantin lame..huhu(benornya rase cam 2 ari nikoh)

Sunday, September 27, 2009

MOGA DITEMUKAN LAGI DENGAN RAMADHAN

Ramadhan pergi lagi..bagaikan baru seketika bersama. Syawal menjelma sebagai penyatu jiwa-jiwa yang mendambakan kebahagiaan dunia akhirat. Kegembiraan bersama keluarga dan sanak saudara dikongsi bersama... Cuti seminggu bagaikan sehari, tak puas bersama sanak saudara, moga Allah panjangkan umur kita semua, untuk terus menyemai kasih sesama saudara. Yang jauh pulang bersama rindu yang terpendam, yang dekat mendakap sayang.. Ya Allah..satukan hati kami untuk terus berada di dalam agamaMu.. Ya Muhaimin..terangkan hati-hati ini dengan hidayah dan petunjuk-Mu...


Pijah, ammar n Talhah...kini dah terbang ke Jordan.
Pasti makcu rindu dengan keletah kalian..


Nora, Hasni n adik Hannan

Di pagi raya, di rumah ayah bonda di Dungun.

Lagi anak2 sedara, Iwan, angoh, izzah n icad..

Icad n Raihanah


Nora, Akma n Kak Ngah..di majlis walimah Huda

Beby Humaira'-anak Moksu Pah, 5 months


Hanzhalah, anak Kak Chik, 9 months

Adik Hannan

Raihanah..gigi kena makan tikus katenye..

Thursday, July 30, 2009

DETIK BERLALU..UMURKU KIAN BERTAMBAH

Terlupe plak mama nak crite ttg hari lahir mama tahun ni iaitu pada 8 julai yang lepas.. Orang pertama sekali yang wish birthday mama pada 12.03 tengah malam adalah bonda mama sendiri.. Orang kedua pula adalah ayahanda mama. Hati mama sebak..walaupon bukan anak kecil lagi, tapi ucapan dari bonda dan ayahanda tetap hadir tanda ingatan mereka pada seorang anak.. Walau berjuta duit yang ada masih tak mampu membayar kasih sayang dan pengorbanan ayah dan ibu. Ya Allah, Kau rahmatilah kedua orang tuaku dan golongkan mereka dalam golongan hamba-hambaMU yang Kau sayangi…

Surprise cake daripada student dalam Lab.


Di pagi hari, mama dapat kejutan dari ayah..huhu..ayah hadiahkan mama seuntai rantai emas. Emas….sinonim dengan wanita. Walaupon, mama suka tapi mama jadi takut untuk pakai, sebab mama jenis yang cuai.. Mama lagi suka kalo beli gelang atau rantai dari emas celup, sbb jauh lebih murah, dan kalo ilang takde la mama rasa bersalah..hehe. Dan kalo mama dah bosan pakai, boleh beli lagi, sbb murah je. Cincin kawen mama ni pon dah 2 kali ilang, tapi masih rezeki mama, jumpa balik. Alhamdulillah… Namun, hadiah pemberian ayah ni, mama hargai sangat-sangat, lalu mama tanggalkan yang lama, pakai yang ini. Terima kasih, sayang…ku tahu bukan emas nilaian cintamu..bukan juga harta..namun cinta kita adalah kerana perjuangan untuk sama-sama melihat Islam itu tertegak di muka bumi..


Dorg la selalu buat aku sakit hati..
tp kadang2 pandai plak amik hati aku.. itu la student aku..
Sekali lagi mama dapat kejutan daripada student mama.. Seperti biasa sebelum kelas bermula semua berdiri, ketua kelas menjerit, “Assalamualaikum, cikgu!! Selamat sejahtera, cikgu!! .selamat hari lahir, cikgu!!” Aik?! Ada pulak ucapan ketiga?? Lalu masuk 3 orang pelajar yang duk stand by tepi pintu Lab, bawak sebijik kek..huhu.. bajet romantis ler tu… Lalu,mama dengan muke ala2 singa betina cover malu mengarahkan semua duduk..kek tu letak je. Mama minta bukak nota masing-masing dan mulakan pengajaran. Bukan ape…cikgu penyelia petang duk lalu kot tepi…huhu..Di akhir P & P, mama potong kek dan makan bersama-sama. Hadiah banyak la jugak..hehe.. Garang2 pon ade lagi budak baek ati nk bg hadiah (bisik hati mama)

Ni plak burfday BOBOY, bulan 6 ari tuh.. time bercuti kt kampung
mama ingat lagi dialognye memujuk suh belikan kek:

"Mama, mama...mama nok beli kek ke boboy kang?" (loghat ganu)
Padahal x penah ingat pon bday die bile,huhu..apolas mak sedara ni..

TAK TAU SIBUK DENGAN APE SEBENARNYEE..

Mama pon tak tau mama sibuk dengan ape, sampai nak jenguk hatimama pon tertangguh lama. Banyak juga mama tertangguh masukkan aktiviti-aktiviti sepanjang kesibukkan yang ntah pape ni.. Huhu…nak wat ayat dengan penuh skematik pon dah malas.

Team ibu-ibu VS Team remaja @ BBS Fasa 2A

Anyway sekarang mama sibuk uruskan netball tournament untuk ibu-ibu di taman BBS 2A, tmn BBS 2B dan Kg. Bendahara. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupon agak tertekan di awal-awal urusan, sampai mama menangis gila-gila sebab tensen. Actually, mama rasa kesorangan uruskan program. Almaklumlah mama antara yang paling muda dalam organisasi, rasa tak ngam ngan kakak2 (taraf mak2 sbenarnya),apatah lagi sebagai ketua mereka. Aku nak suruh n arah pon tak tau nak buat ayat camne agar tiada yang rasa kecik hati atau rasa aku ni dictator, jadi..akhirnya aku yang buat semuanya walopun dalam kertas kerja berjelar nama-nama AJK. Ayah juga la dengan sabar memberi nasihat dan semangat, kalo tak tak tau la.. Aku merintih moga Allah permudahkan urusanku dan diberi kekuatan mental dan fizikal untuk terus bekerja untuk agamaMu..

After school, mama datang training team remaja..

dengan kasut tumit tinggi tuu...ehe

Alhamdulillah..after mama buat usrah n mitingkan semua perkara, sedikit sebanyak mendapat bantuan sahabat2. Mungkin cara mama dulu yang terlalu segan untuk mengarahkan orang bawah, menjadikan diri mama terbeban. Mama beranikan diri untuk memberi arahan dan mengatur tugas kepada setiap AJK yang tersenarai. Tak cukup dengan itu, mama follow up melalui phone call, minta pendapat dan bagi cadangan. Mama masih banyak perlu belajar untuk menjadi pemimpin, apatah lagi orang yang dipimpin itu lebih tua dan pelbagai pula karenahnya. Jika dalam Nisa’ Selayang mama sering diberi amanah sebagai setiausaha untuk setiap program, mama sering mendapat arahan daripada pengarah. Bila mama jadi pengarah, mama segan sangat nak bagi arahan..huwaaaaa!! Last-last mama jadi pengarah merangkap setiausaha…

Apa2 pon, mama akan belajar sedikit demi sedikit.. Ayah sentiasa berada di sisi mama untuk sokongan dan nasihat. Syukur alhamdulillah.. tapi hari tu bila mama menangis tensen, ayah cakap, “lepas ni tak perlu buat program lagi. Sebab takkan dapat pahala, hati tak ikhlas! Kita marahkan orang, seolah-olah untuk puaskan hati orang. Buat la apa yang termampu, tak perlu paksa diri…” Hati mama tersentap! Ya, Allah…ampunkan aku ya Allah, kerana mengeluh dalam beribadah untukMu.. Aku buat semua ini bukan kerana untuk memuaskan hati manusia, tapi semata-mata untuk mencari redhaMu dan sebagai bekal untuk kuhadapkan padaMu di hari akhirat…Ampunkan aku, Ya Allah.. Terimalah segala amalanku yang tidak seberapa ini…

Akhirnya minggu ni, padang bola di BBS 2A dan BBS 2B meriah dengan ibu-ibu dan anak-anak yang giat practice. Alhamdulillah, tujuan utama mama buat program ni adalah untuk tarik kaum ibu dan remaja untuk join usrah.. Mama buat 3 kategori, ibu2, remaja sekolah menengah dan remaja sekolah rendah. Hati mama melonjak-lonjak untuk main sebagai player. Ye la, mama dulu pernah jadi player sekolah, jd GD dan sampai UPSI pon mama masih main wakil kolej mase 1st year. Tapi, kali ni mama dilarang keras oleh ayah..atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Tak mengapa, paling tidak mama puas melihat seluruh taman bersemangat , anak-anak remaja turun.. Paling best tengok auntie syam bersemangat pakai bip ‘GD’ bermain tiap-tiap petang untuk mengembalikan bentuk badan yang ideal seperti dulu.. Paling kesian tengok die makan nasik hanya 1/2 senduk, sementara mama pulun abes-abes dengan adanya daging ruse gureng kunyit.. (hehe..auntie syam jgn marah ye…kalo marah nnt cepat naik timbangan..huhu)

Auntie syam giat membakar lemak..huhuhu..Gud Luck!



Thursday, May 7, 2009

INDAHNYA BERUSRAH

Last week, telah terlaksana usrah muslimat kali pertama di cawangan mama setelah sekian lama ia menyepi. Beberapa kakak muslimat (berupa mak sbenarnya, hehe) meletakkan harapan besar untuk mama menggerakkan usrah muslimat di sini, setelah usaha dulu tak berhasil. Kini dengan banyak kelemahan dan kekurangan pada diri mama, terpaksa juga digagahi untuk mengepalai muslimat cawangan ni bagi sesi 2009/11. Jika sebelum ini sebahagian fokus mama pada remaja, namun kini mama perlu kutip pengalaman dan belajar untuk menghadapi dunia dewasa. (perasan remaja lagi...haha..auntie iza kalo bace ni misti mencebik).

Posting mama kali ni sebenarnya adalah untuk menyambung cerita di sebalik usrah mama bersama adik-beradik semasa di kampus dulu menggunakan drama Jepun bersiri: Gokusen. Actually, ia pernah menjadi satu kontroversi bagi sesetengah pihak yang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai penggunaan drama tersebut sebagai bahan dalam usrah. Sekali pon ia cerita lama (tahun 2006), bukan maksud mama untuk mengulas mengenai kontradiksi yang berlaku antara mama dan pihak tersebut. Namun, suka mama tegaskan sekalipun method yang mama guna sering mengundang silap faham, mama peduli apa (bahasa mudah, hehe) Hakikatnya kini, mama puas dengan apa yang mama usahakan. Ust Ya'qub Muhammad Hussin dalam hasil bernilai beliau "Usrah & Harakah" ada menyenaraikan beberapa penilaian terhadap kesan dan kejayaan usrah:
  1. Tanda-tanda awal kejayaan usrah ialah kedatangan ahli2 ke majlis secara konsisten dan berterusan.

  2. Anggota-anggota usrah senantiasa menghadiri program2 jemaah.
  3. Ahli secara beransur2 atau meninggalkan terus tabiat yang negatif.

  4. Kualiti ahli2 meningkat dengan kesanggupan memikul beban amanah dan tugas2 yang diberikan oleh pimpinan.

  5. Semangat sanggup berkorban untuk kepentingan jemaah dan sahabat2.

  6. Ahli2 bersedia untuk mempertahankan nama baik dan muruah Jamaah dengan hujah-hujah dan fikrah Islamiyyah.

  7. Lebih jauh dari itu, ahli2 mampu menyebarkan pengaruh Jamaah dan fikrahnya ke segenap lapisan masyarakat.

Ini menjadi sebahagian panduan buat mama untuk sentiasa koreksi kerja mama. indahnya usrah... rindu nak usrah ngan adik2 sekampus dulu.. rindunya nak usrah ngan sahabat2 sematrix dulu.. rindunya nak usrah ngan adik-beradik am.. Kini rindu itu, mama abadikan dalam usrah2 yang terbentang di depan mama, usrah nisa', usrah cawangan dan usrah remaja. Mama dan ayah juga selalu usrah berdua,hhihi..dengar ta'alim dari ayah slepas abes solat.. mama sampai pejam mate sebab kusyuk sangat..haha.




Beberapa tahun lalu, mama mengikat kasih bersama adik2 (Iza, Huda, Syabi, Syam, TG, najib,uwie, akmal n arwah Suhaimi). Kini, kasih itu mama alirkan untuk anak2 usrah Teen Circle.

Antara lain yang disebutkan oleh Ust Ya'qub juga, salah satu anasir yang menjayakan usrah adalah kaedah pengendalian usrah. Pengendalian usrah remaja setakat ni berjalan lancar, dan mama sentiasa dapat idea2 hasil kongsi bersama sahabat2. Al-maklumlah mama masih mude remaja...hhuhu..(sekali lagi Auntie Iza memuncungkan hidung, tanda protes..tapi auntie syam n huda takbir tanda sokongan..kuikuikui) Cume usrah dewatu (dewasa+tua) mama duk pikir ape kaedah yang paling sesuai n up to date.. Jadi, sahabat2 kat luar sane, jika ada pandangan n idea untuk berkongsi bersama, amat lah mama alu-alukan.."saya budak baru belajar, kalo salah tolong tunjukkan.." Hehe..siap berpantun lagi ni..





Blogspot Template by Permata1924 and Mining Industry. Powered by Blogger