Friday, March 5, 2010

BUAH TANGAN TERBARU DARI SUAMIKU~

AL-QURAN, TAMADUN, MANUSIA & POLITIK
penulis: Kapt (R) Hj Mohd Rapi M.N. Al-Jundi

Sesungguhnya Al-Quran adalah wahyu daripada Allah, maka sudah tentulah ianya sesuai bagi setiap masa dan tempat. Al-Quran telah menjadi sumber hidayah dan panduan kepada Kerajaan Islam di Madinah pada zaman Rasulullah SAW. Demikian juga apabila Kerajaan Islam menjadi luas merangkumi seluruh pelosok Semenanjung Arab sebelum wafatnya Nabi Muhammad SAW. Syariat Islam juga menjadi sumber kebaikan, kekuatan, kemenangan dan kemakmuran terutama dalam menegakkan sistem politik dan pemerintahan secara Islam.
Ringkasnya, kerana Al-Quran itu tetap kekal dan sesuai untuk selama-lamanya, maka memang wajarlah ianya dijadikan sebagai asas perkembangan tamadun manusia dalam berpolitik khasnya dan di bidang-bidang lain amnya.

Kupasan lanjut, dapatkan buku ini segera melalui pos atau mana-mana kedai buku berdekatan dengan harga RM12.00 sahaja. Hubungi 016-6852031 atau emelkan pesanan kepada kapten_resources@yahoo.com

Thursday, March 4, 2010

Nisa' Selayang: Audition So U Think U Can Sing??



Akhirnya berakhir audition So U Think U Can Sing (SoUTUCS) di peringkat kawasan Selayang. Alhamdulillah, dengan berkat kesungguhan semua AJK Nisa' Selayang, kita lakukan yang terbaik untuk objektif yang kita telah tetapkan. Tahniah jugak untuk Dayah, yang banyak bertungkus lumus dengan membawa van besor nyerr..hehe.. Ada kelebihan ada van besor ni, btol x dayah??

Audition ni dibuat di dua tempat iaitu di Selayang (depan Selayang Mall) dan Rawang, Kg. Melayu Bt. 16. Peserta yang datang punye la sodap suaranye..superbb..sampai juri pon susah nk pilih..hehe.. Tapi ingat....suara itu sgt la mahal, x boleh didengari oleh memane lelaki pon..hehe. Kita buat di tempat yang tertutup.

So, SoUTUCS ni bukan takat ni jerr taw..after this, kita akan buat gathering karaoke ngan semua peserta tadi, on 6mac. Sesambil kite ramah mesra, kita akan buat pemilihan peserta untuk ke SoUTUCS peringkat Negeri Selangor. So, kite jumpe di sane..sane!! Berita lanjut n more pic on nisaselayang.blogspot.com