Saturday, February 27, 2010

SETIAP LANGKAH KAKI INI...

Seusai solat subuh pagi ini, aku lunjurkan kaki..lutut terasa sengal bila dibengkokkan tika sujud. Tempoh hari, aku dah minta ibu urutkan, tapi ia kembali sakit. Suami aku belum pulang dari surau, lewat sket nampaknya hari ni, ada sembang dengan sesape kot..

Bila tengok kaki ni, aku berfikir...walau seribu tahun aku beribadat pada Allah, masih tak mampu nak banding dengan rahmat Allah, walau dengan kakiku sebelah..tak boleh nak bayar balik kat Allah.. Tapi ada lagi makhluk Allah yang tegar memperkecil-kecil hukumNya.

"Ya Allah, dengan penuh pengharapan, ku mohon agar kaki yang kau kurniakan untukku ini hanya melangkah untuk mencari redha ini. Halang lah Ya Allah, kaki ini melangkah dengan sombong di muka bumi milikMu ini. Jadikan kaki ini sebagai saksi untukku di akhirat kelak....."

Lama ku termenung, rupanya dah lama tak urut kaki suamiku...setiap kali kuurut kakinya, dalam hati berdoa moga kaki ini bisa melangkah ke syurga. Kaki ini banyak melangkah untuk melaksanakan dakwah di jalanMu, Ya Allah... kaki ini juga banyak memimpin aku untuk terus berada di jalan yang tidak ramai orang suka ini Ya Rahman, Ya Rahim.... Ku mohon Ya Allah, halanglah kaki suamiku daripada keletihan menunggu hisabnya di padang Mahsyar kelak. Cita-citanya yang tak pernah lekang dari mulutnya.."masuk syurga tanpa hisab" iaitu syahid..

Hadiah tahun baru cina dari suami aku.katenya sbb aku suka berjalan dan berlari..

No comments: