Saturday, February 6, 2010

MERENUNG KE DALAM DIRI APABILA MELIHAT PENDERITAAN ORANG LAIN

Hari ni kepalaku sedikit ok dan stabil berbanding semalam. Menjaga orang sakit dalam wad sedikit sebanyak buat aku terfikir... Fikir tentang kesakitan, fikir erti syukur, fikir erti kemanusiaan, lagi fikir tentang mati yang ntah bila menjengah.

Semalaman aku menjaga kakak iparku yang baru di'operate' buang sebelah ovarinya sbb kandungan luar rahim. Langsung x dapat tidur sebab aku risau tgk keadaannya yang kadang-kadang x dapat bernafas. Dalam diam ku berbisik dalam hati, aku patut bersyukur walaupun masih tidak dikurniakan anak. Orang lain penuh derita ditimpa bermacam-macam ujian. Kak Longku pula baru je abortion untuk ke berapa puluh kali aku pon dah lupe. Then, aku rasa tenang dengan apa jua ketentuan Allah. Pasti ia adalah terbaik buatku..
Suami aku plak setia bersama, walaupun dalam keadaan yang sibuk amat, dia amik jugak cuti untuk temankan aku. Malam tu aku mintak suami aku bawak mak aku n abang aku ke hotel Seri Malaysia, mintak rehat dengan selesa setelah beberapa ari tidur ntah ke mana,mandi ke x aku pon x tahu. Biar aku je sorang yang jage kak Na. Terpanar keletihan yang amat di wajah abang aku, rasa kesian menyelimuti hatiku. Mungkin hari ini hari dia, aku membantu. Ntah esok2 hari aku pulak.. Suami aku sentiasa tenangkan aku dengan ayat2 yang menusuk qalbuku. Ikutkan badan, mmg aku x larat, demam blom abes lagi, suamiku pun demam.. tp katenya jika kita lapangkan kesusahan orang lain, Allah akan lapangkan kesusahan kita pula. Setiap kata-katanya sentiasa buatku tenang... Ya Allah, Kau makbulkan doa suamiku untuk dia mati dalam keadaan Syahid di jalanMu. Permudahkan lah setiap urusannya untuk membantu agamaMu.. Temukan aku kembali dengannya di akhirat kelak..

Ni sekeping pic aku snap mase tgh2 boring menunggu, snap kat atas je la blh, kalo bwh nampak plak ape yang x patut nampak. Maklum je la dalam ward.

No comments: