Saturday, February 27, 2010

BERITA GEMBIRAKAH IA???

Badanku rasa tak enak sejak seminggu ini. Suhu badan tinggi tak turun2, nak kate demam, tidak... mulut ulcer 2,3 tempat. Bibir jadi kering.. Kepala plak, usah cakap lah...sakit memanjang. Petang jumaat 19feb, suami aku bawa ke klinik, nyata urine test positif. Aku pregnant sudah masuk 6 minggu. Alhamdulillah, syukur ku tidak terhingga.. rase nk melompat guling2 depan doktor tu terus. Lalu berita ini ku sebarkan pada insan2 terdekat dan juga sahabat2 seperjuangan. Bertalu2 aku terima SMS ucapan tahniah dan pesanan berjela-jela dari sahabat2. Moga Allah merahmati kalian semua..

Ya..ini kali ke 4 aku pregnant.[GRAVIDA 4 PARA 0] istilah prubatan, hamil 4x, anak o. Punye aku gembira sampai tak hengat.... tiba2 malamnya after buat preparation for Audiotion SoUTUCS Nisa' Selayang pny program kat dewan Selayang Utama, hatiku mula gelisah.. pergerakkan ku mulai terbatas, banyak mende aku tak boleh buat sendiri. Aku terpaksa mintak tolong orang lain untuk angkat barang, walopun aku rasa ia takde la berat mana.. orang di sekeliling amat menjaga aku.. Terima kasih, suamiku dan sahabat2. Namun, jauh di sudut hati, aku rasa rimas...

Bila ingat program Soutucs di peringkat Nisa' Selangor, aku mula runsing.. As pengarah program ni, aku tak mampu lakukan dalam keadaan ini. Doktor siap pesan awal2, aku tak leh drive, apatah lagi kalo jauh, sedangkan miting perlu aku hadiri..aku xleh stress, sedangkan aku perlu fikirkan banyak mende... Ya Allah, aku mohon padaMu..beri aku kekuatan untuk terus berada dalam perjuangan walau apa pun berlaku.. Lindungi zuriatku ini, untuk ia menyambung perjuangan ini kelak...
Kehadiran zuriat ini, amat ku nantikan, telah lama kunantikan..ku mohon untuk kali ini zuriat ini diberi kekuatan untuk hadir melihat dunia dengan selamat dan sempurna...

No comments: