Thursday, July 30, 2009

DETIK BERLALU..UMURKU KIAN BERTAMBAH

Terlupe plak mama nak crite ttg hari lahir mama tahun ni iaitu pada 8 julai yang lepas.. Orang pertama sekali yang wish birthday mama pada 12.03 tengah malam adalah bonda mama sendiri.. Orang kedua pula adalah ayahanda mama. Hati mama sebak..walaupon bukan anak kecil lagi, tapi ucapan dari bonda dan ayahanda tetap hadir tanda ingatan mereka pada seorang anak.. Walau berjuta duit yang ada masih tak mampu membayar kasih sayang dan pengorbanan ayah dan ibu. Ya Allah, Kau rahmatilah kedua orang tuaku dan golongkan mereka dalam golongan hamba-hambaMU yang Kau sayangi…

Surprise cake daripada student dalam Lab.


Di pagi hari, mama dapat kejutan dari ayah..huhu..ayah hadiahkan mama seuntai rantai emas. Emas….sinonim dengan wanita. Walaupon, mama suka tapi mama jadi takut untuk pakai, sebab mama jenis yang cuai.. Mama lagi suka kalo beli gelang atau rantai dari emas celup, sbb jauh lebih murah, dan kalo ilang takde la mama rasa bersalah..hehe. Dan kalo mama dah bosan pakai, boleh beli lagi, sbb murah je. Cincin kawen mama ni pon dah 2 kali ilang, tapi masih rezeki mama, jumpa balik. Alhamdulillah… Namun, hadiah pemberian ayah ni, mama hargai sangat-sangat, lalu mama tanggalkan yang lama, pakai yang ini. Terima kasih, sayang…ku tahu bukan emas nilaian cintamu..bukan juga harta..namun cinta kita adalah kerana perjuangan untuk sama-sama melihat Islam itu tertegak di muka bumi..


Dorg la selalu buat aku sakit hati..
tp kadang2 pandai plak amik hati aku.. itu la student aku..
Sekali lagi mama dapat kejutan daripada student mama.. Seperti biasa sebelum kelas bermula semua berdiri, ketua kelas menjerit, “Assalamualaikum, cikgu!! Selamat sejahtera, cikgu!! .selamat hari lahir, cikgu!!” Aik?! Ada pulak ucapan ketiga?? Lalu masuk 3 orang pelajar yang duk stand by tepi pintu Lab, bawak sebijik kek..huhu.. bajet romantis ler tu… Lalu,mama dengan muke ala2 singa betina cover malu mengarahkan semua duduk..kek tu letak je. Mama minta bukak nota masing-masing dan mulakan pengajaran. Bukan ape…cikgu penyelia petang duk lalu kot tepi…huhu..Di akhir P & P, mama potong kek dan makan bersama-sama. Hadiah banyak la jugak..hehe.. Garang2 pon ade lagi budak baek ati nk bg hadiah (bisik hati mama)

Ni plak burfday BOBOY, bulan 6 ari tuh.. time bercuti kt kampung
mama ingat lagi dialognye memujuk suh belikan kek:

"Mama, mama...mama nok beli kek ke boboy kang?" (loghat ganu)
Padahal x penah ingat pon bday die bile,huhu..apolas mak sedara ni..

No comments: