Thursday, July 30, 2009

TAK TAU SIBUK DENGAN APE SEBENARNYEE..

Mama pon tak tau mama sibuk dengan ape, sampai nak jenguk hatimama pon tertangguh lama. Banyak juga mama tertangguh masukkan aktiviti-aktiviti sepanjang kesibukkan yang ntah pape ni.. Huhu…nak wat ayat dengan penuh skematik pon dah malas.

Team ibu-ibu VS Team remaja @ BBS Fasa 2A

Anyway sekarang mama sibuk uruskan netball tournament untuk ibu-ibu di taman BBS 2A, tmn BBS 2B dan Kg. Bendahara. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupon agak tertekan di awal-awal urusan, sampai mama menangis gila-gila sebab tensen. Actually, mama rasa kesorangan uruskan program. Almaklumlah mama antara yang paling muda dalam organisasi, rasa tak ngam ngan kakak2 (taraf mak2 sbenarnya),apatah lagi sebagai ketua mereka. Aku nak suruh n arah pon tak tau nak buat ayat camne agar tiada yang rasa kecik hati atau rasa aku ni dictator, jadi..akhirnya aku yang buat semuanya walopun dalam kertas kerja berjelar nama-nama AJK. Ayah juga la dengan sabar memberi nasihat dan semangat, kalo tak tak tau la.. Aku merintih moga Allah permudahkan urusanku dan diberi kekuatan mental dan fizikal untuk terus bekerja untuk agamaMu..

After school, mama datang training team remaja..

dengan kasut tumit tinggi tuu...ehe

Alhamdulillah..after mama buat usrah n mitingkan semua perkara, sedikit sebanyak mendapat bantuan sahabat2. Mungkin cara mama dulu yang terlalu segan untuk mengarahkan orang bawah, menjadikan diri mama terbeban. Mama beranikan diri untuk memberi arahan dan mengatur tugas kepada setiap AJK yang tersenarai. Tak cukup dengan itu, mama follow up melalui phone call, minta pendapat dan bagi cadangan. Mama masih banyak perlu belajar untuk menjadi pemimpin, apatah lagi orang yang dipimpin itu lebih tua dan pelbagai pula karenahnya. Jika dalam Nisa’ Selayang mama sering diberi amanah sebagai setiausaha untuk setiap program, mama sering mendapat arahan daripada pengarah. Bila mama jadi pengarah, mama segan sangat nak bagi arahan..huwaaaaa!! Last-last mama jadi pengarah merangkap setiausaha…

Apa2 pon, mama akan belajar sedikit demi sedikit.. Ayah sentiasa berada di sisi mama untuk sokongan dan nasihat. Syukur alhamdulillah.. tapi hari tu bila mama menangis tensen, ayah cakap, “lepas ni tak perlu buat program lagi. Sebab takkan dapat pahala, hati tak ikhlas! Kita marahkan orang, seolah-olah untuk puaskan hati orang. Buat la apa yang termampu, tak perlu paksa diri…” Hati mama tersentap! Ya, Allah…ampunkan aku ya Allah, kerana mengeluh dalam beribadah untukMu.. Aku buat semua ini bukan kerana untuk memuaskan hati manusia, tapi semata-mata untuk mencari redhaMu dan sebagai bekal untuk kuhadapkan padaMu di hari akhirat…Ampunkan aku, Ya Allah.. Terimalah segala amalanku yang tidak seberapa ini…

Akhirnya minggu ni, padang bola di BBS 2A dan BBS 2B meriah dengan ibu-ibu dan anak-anak yang giat practice. Alhamdulillah, tujuan utama mama buat program ni adalah untuk tarik kaum ibu dan remaja untuk join usrah.. Mama buat 3 kategori, ibu2, remaja sekolah menengah dan remaja sekolah rendah. Hati mama melonjak-lonjak untuk main sebagai player. Ye la, mama dulu pernah jadi player sekolah, jd GD dan sampai UPSI pon mama masih main wakil kolej mase 1st year. Tapi, kali ni mama dilarang keras oleh ayah..atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Tak mengapa, paling tidak mama puas melihat seluruh taman bersemangat , anak-anak remaja turun.. Paling best tengok auntie syam bersemangat pakai bip ‘GD’ bermain tiap-tiap petang untuk mengembalikan bentuk badan yang ideal seperti dulu.. Paling kesian tengok die makan nasik hanya 1/2 senduk, sementara mama pulun abes-abes dengan adanya daging ruse gureng kunyit.. (hehe..auntie syam jgn marah ye…kalo marah nnt cepat naik timbangan..huhu)

Auntie syam giat membakar lemak..huhuhu..Gud Luck!



No comments: